Home About Me My Life PhD Journey

Thursday 21 September 2017

Bulatan Gumbiraa

Betapa lama tak duduk bersama-sama dalam satu halaqah berbincang isu masyarakat..

Seingat saya hampir 3 tahun lamanya tinggalkan bulatan ini.. 3 tahun jugak rasanya hidup saya ini hanya untuk diri sendiri dan keluarga..

Dua tiga minggu ni saya agak tersentak bila baca Surah al-Kahfi ayat 7,, sedangkan ayat ini sudah kuulang-ulang sejak zaman sekolah lagi pada Surah al-Mulk ayat 2..

Sebelum pulang ke Malaysia untuk "back for good" sewaktu 2014, saya sudah bercita-cita balik je Malaysia, saya kena menyumbang. Saya kena duduk dengan masyarakat.

Tetapi setelah pulang, saya hanya sempat mengajar al-Quran untuk beberapa orang sahaja. Memang dah lama mencari kumpulan usrah di Malaysia. Tetapi rasa kekok pula untuk bergaul dengan mereka.

Dulu saya fikir, orang NGO perlu cari kami untuk mengajak kami datang pergi usrah sebab sewaktu di Jordan, kakak2 naqibah kami sentiasa datang kepada kami dengan membawa makanan, mengajak ke restoran2 untuk buat usrah semata-mata.

Sampai sahaja bumi tanah lahir ini, tak ada seorang pun ajak datang usrah. Kalau ada pun, sekadar ajak-ajak ayam.

Yang pastinya, abah dengan mak selalu bising suruh pergi join kawan2 usrah tuu. 😅😅 Kite ni y pemalu ni akhirnya gigihkan diri juga datang satu usrah ni dengan muka tebal. Hihi..

.

Okay berbalik pada dua ayat yang saya sebut di atas tadi, memang sangat berkesan kalau rasa nak marah, baca 2 ayat tadi. Rasa menggeletar tau. Lepastu pasti bila berdiri, kau akan terduduk.

Ayat yang menyuruh kau bersabar. Ayat yang mana Allah cuma nak uji kau sahaja. Kau boleh buat baik ke tak saat diuji?

Selama ni duduk bilik interview, kita seakan boleh bersabar bila interviewer cuba provoke. Tapi itu cuma paling lama pun satu jam.

Ini cuba kau bayang Allah uji kau setiap masa. Dia cuma nak tengok kau jee.
.

Kini sudah masanya, saya memberi setelah terlalu lama menerima. Dan saya nampak bulatan ini adalah satu medium untuk mudah saya bergerak. Tanpa kumpulan2 seperti ini, memang agak berat untuk saya bergerak bersendirian dan istiqamah.

Di mana saya boleh dapatkan "ahsanu 3amala", akan cuba saya kejar dan dapatkan.

Sabtu 16.09.17

Ni lah group usrah baruu. Dari NGO mana, tak payah bagitau lah. Hehe

Waktu ni lah terjumpa 2 orang junior zaman sekolah dulu. Tapi baru sempat nak berkenalan..

Ketika sedang berbincang tentang masalah orang kristian mudah bagi bantuan kepada golongan miskin melalui gereja2 mereka, ramai orang bertanya di mana orang Islam?
Kenapa pusat zakat susah nak bagi bantuan, tidak seperti di gereja?

Lantas kak hidayah, aktivis sukarelawan (bertudung biru gelap sambil pegang anak) mengatakan, sekarang ni isu ibu tinggal (dimana suaminya dalam penjara) yang kita jumpa hidupnya susah. Makan pakai semua tak ada duit. Belum lagi isu ibu tunggal dan orang susah yang lain.

Masalahnya mereka sunyi dari masyarakat. Hilang! Golongan begini selalunya tak pergi masjid, tak bergaul dengan masyarakat, lantas hanya laju menyalahkan, apa guna peranan masjid? Orang Islam yang susah masih ramai.

Cuba kalau mereka bergaul dengan masyarakat, sudah tentu dia akan dibantu. Orang Malaysia masyarakat pemurah. 

Okay sampai sini dulu. 
Tau je penutup tak kenaa. Kena belajar menulis balik..
Wallahua'lam bissowaab.