Home About Me My Life PhD Journey

Monday 17 April 2017

ROBBERY

Assalamualaikum

I am really having a bad day for these few days
Rasa hati tak tenang sangat, mungkin kerana kurang beristighfar dan terlalu banyak dosa..

Semalam lebih kurang jam 7.00 malam sampai rumah daripada kampung, ayah terus pergi ke bilik.. Ayah cakap "Ni ada orang masuk rumah"

Ya Allah berderau darah, berdesup jantung, rasa luruh gugur satu persatu. Terus kitorang lari pergi tengok apa jadi dalam bilik tu. Berselerak habis. Memang dia punggah semua almari.. Kalau diingat balik, memang aku bayang macam ada sekumpulan monyet baru habis selongkar barang. 
Memang dahsyat!!!
 Polis yang datang pun terkejut tengok..


Lepastu kitaorang terus pergi dapur, nak tau diorang pecah masuk dari mana. Rupanya dari dapur, diorang kopak tingkap dengan grill tingkap sekali. Terbuka habis. 

Terus naik atas, tengok satu-satu bilik, memang habis berselerak baju dekat lantai. Siap dikopak juga satu pintu bilik yang berkunci.

Alhamdulillah, tak simpan barang-barang kemas dalam rumah. Cuma terkilan sikit sebab rantai emas pemberian emak hadiah SPM dulu hilang. Simpan rantai emas tu sebab loket "love" dekat emas tu tercabut. Tak sangka bukan rezeki saya lagi rantai tuu.. Steam iron philips kitorang pun dia kebas jugak.. Sayang kot iron tuu, bukannya murah.

Tapi apa-apa pun memang sangat bersyukur kejadian ni jadi sewaktu tiada orang di rumah. Sebelum ni dah ada cubaan pecah rumah, cuma "mereka mereka" ni tak sempat nak masuk..

Lagi terkilan, sebab ayah baru je letak palang besi yang kuat dekat semua grill dalam rumah lepas kejadian cubaan pecah rumah yang pertama. Tak sangka Allah uji sekali lagi..

Memang harini mood semua orang swing je.. Rasa nak nangis,, rasa taknak balik UIA tapi apakan daya kerja terlalu banyak..

Ini kejadian pertama dalam hidup aku melihat kejadian sebegini depan mata.. Memang rasa tak tau nak buat apa. Takut, Seram.. Selama ni dengar berita orang lain punya rumah.. Tapi dalam hari yang sama juga rumah dekat kawasan situ ada yang kena pecah masuk..


Satu perkara yang memang aku nampak, janganlah simpan atau sorok barang berharga dekat segala jenis almari terutamanya almari baju dan jugak beg. sebab si pendosa ini akan punggah sehabis habisnya.

Tak lupa juga setiap kali keluar rumah, kena banyak sangat bertawakkal. Mungkin kami terlupa..
Ya Allah, kami sangat bergantung kepada engkau atas segala apa yang berlaku. Sesungguhnya kami tau Engkau tidak akan membebani kami melainkan apa yang terdaya kami tanggung.. 

Semoga Allah lindungi kita semua. Wallahu a3lam.

Wednesday 5 April 2017

Penipuan Kerja Sambilan/Part Time Melipat Brosur/Risalah


Assalamualaikum

Siapa perasan, baru-baru ni viral iklan kerja melipat brosur dapat untung rm200 - rm500 seminggu..
Beribu ribu orang like iklan tu dan minta PM.. 
Antaranya saya lah haha 😇😇..




Tapi kerja ni syaratnyaa kena bayar rm60 duit pendaftaran seumur hidup..

Malam semalam dapat whatsapp iklan tu, sebab haritu ada tinggalkan no telefon dekat komen..
Mula-mula macam nak percaya, memang nak transfer dah, lepastu tergerak hati nak google..

Apa banyak sangat lah duit syarikat tu nak bayar orang ribu riban sebulan, buat kerja cuma lipat brosur je. Pikir logik pun tak masuk diakal...


Lepastu saya reply wasap dia tanya, 
"Dah berapa orang yang apply kerja ni?"

Katanya, "pendaftaran sentiasa dibuka".
Tanya lagi, "alamat syarikat ni di mana ya?"
Terus diammm..

Nampak nooo nipunyaa tuu. Die nak kutip duit pendaftaran je lah kott agaknya tuu..
Cuba bayangkan kalau 3000 orang apply 😐😐,


3000 x 60 = rm180, 000 😲😲..
Tak ke masyuk buat duit banyak gituuu. Dosa pun masyukk jugaakk..