Home About Me My Life PhD Journey

Wednesday 5 April 2017

Penipuan Kerja Sambilan/Part Time Melipat Brosur/Risalah


Assalamualaikum

Siapa perasan, baru-baru ni viral iklan kerja melipat brosur dapat untung rm200 - rm500 seminggu..
Beribu ribu orang like iklan tu dan minta PM.. 
Antaranya saya lah haha 😇😇..




Tapi kerja ni syaratnyaa kena bayar rm60 duit pendaftaran seumur hidup..

Malam semalam dapat whatsapp iklan tu, sebab haritu ada tinggalkan no telefon dekat komen..
Mula-mula macam nak percaya, memang nak transfer dah, lepastu tergerak hati nak google..

Apa banyak sangat lah duit syarikat tu nak bayar orang ribu riban sebulan, buat kerja cuma lipat brosur je. Pikir logik pun tak masuk diakal...


Lepastu saya reply wasap dia tanya, 
"Dah berapa orang yang apply kerja ni?"

Katanya, "pendaftaran sentiasa dibuka".
Tanya lagi, "alamat syarikat ni di mana ya?"
Terus diammm..

Nampak nooo nipunyaa tuu. Die nak kutip duit pendaftaran je lah kott agaknya tuu..
Cuba bayangkan kalau 3000 orang apply 😐😐,


3000 x 60 = rm180, 000 😲😲..
Tak ke masyuk buat duit banyak gituuu. Dosa pun masyukk jugaakk..



No comments:

Post a Comment